Monday 21 November 2011

Minta Kerjasama Anda

Assalamualaikum & Salam Inspirasi untuk semua!

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan minat anda untuk menghantar anak-anak menghadiri kem ini.

Untuk pengetahuan semua, buat masa ini kami terpaksa menutup pendaftaran untuk KEDUA-DUA sesi untuk mengemaskini senarai pendaftaran demi memastikan jumlah peserta untuk setiap sesi memadai dan menjamin keselesaan mereka sepanjang berada di kem kelak.

Buat masa ini juga, kami ingin meminta jasa baik ibu-bapa agar menghubungi pihak kami terlebih dahulu (melalui panggilan telefon, email atau SMS) sebelum membuat pembayaran. Ini adalah untuk mengelakkan daripada mengambil tempat mereka yang sudah terlebih dahulu mendaftar.

Kerjasama dari pihak anda amat kami hargai. Semoga Allah merahmati kita semua dalam usaha memajukan Islam, masyarakat dan diri sendiri.

Wasalam.

Saturday 19 November 2011

PENDAFTARAN DITUTUP UNTUK KEDUA-DUA SESI

Assalamualaikum, semoga sihat sejahtera pada hari Ahad yg tenang ini. Kami berterima kasih atas sokongan hangat para ibu bapa serta anak-anak kepada kem sulung KICK ini.

Kami ingin memaklumkan yang KEDUA-DUA sesi SUDAH PENUH buat masa sekarang. Pemberitahuan akan dilakukan di blog ini dan halaman Facebook KICK jika terdapat sebarang pembatalan.

Diminta ibu bapa yang sudah mendaftar (memberi nama) tapi belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian.

Sila maklumkan kpd kami sekiranya ingin membuat pembatalan supaya kami boleh membuka ruang untuk peserta lain yg ingin menyertai. Wassalam.

Tuesday 15 November 2011

Sesi 1 *SUDAH* penuh!

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi!
Sukacita kami maklumkan bahawa sesi pertama KICK (4-6 Disember) sudah penuh dan kami tidak dapat untuk mengambil kemasukan yang baru lagi. Untuk yang sudah booking tetapi masih belum membuat pembayaran penuh/deposit, dinasihatkan untuk berbuat demikian segera untuk mengelakkan tempat anda diambil. 
Sesi 2 (11-13 Disember) masih ada kekosongan.
_Daftar Segera!_

Thursday 3 November 2011

Brochure Kem Inspirasi Charisma & Kepemimpinan ("KICK") 2011

Selamat Datang!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog KICK ini. Kami daripada DMFK Inspirations Sdn Bhd mengalu-alukan penyertaan KICK yang julung kalinya diadakan! Blog ini bertujuan untuk menyediakan informasi mengenai kem KICK anjuran DMFK Inspirations Sdn Bhd yang menampilkan personaliti-personaliti motivasi dan pembangunan jati diri.

Objektif utama KICK ialah untuk membentuk remaja yang mempunyai keyakinan, karisma, kebolehan berkomunikasi berkesan serta menjadi ahli masyarakat yang dihormati dan disayangi.