FAQs

1. Apakah fokus Kem Inspirasi ini?

Kem ini berfokuskan membantu peserta membina jatidiri dari segi pembangunan karisma dan bakat kepemimpinan. Untuk ibu-bapa yang berminat untuk menginspirasi anak-anak mereka untuk mengenali potensi diri dan mencetus kesedaran untuk berubah, kem ini adalah amat sesuai.

Di samping itu, kami juga akan membincangkan cabaran sosial remaja masakini serta ungkapan ibu-bapa yang tidak terungkap untuk membuka mata mereka tentang perkara-perkara yang dikaburi oleh usia muda.


2. Bagaimana pula dengan keberkesanan kem? Adakah peserta dijamin akan mengalami perubahan yang berterusan?

Dengan jangkamasa 3 hari 2 malam, kem ini hanya mampu MENCETUS INSPIRASI peserta untuk berubah. 

Selepas tempoh ini, peserta-peserta akan kembali ke pangkuan ibu-bapa dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah, bersama keluarga. 

Impak yang dihayati hasil daripada kem ini diharap dapat dikekalkan dengan bantuan dan sokongan ibu-bapa di rumah. Untuk memastikan usaha ini dapat dijalankan, ibu-bapa sangat digalakkan untuk menghantar sendiri anak-anak mereka supaya dapat meluangkan masa dalam taklimat 2 jam bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau akan menerangkan kepada ibu-bapa akan peranan mereka dalam memastikan perubahan yang berkekalan di dalam diri anak-anak (sila rujuk aturcara program).


3. Apakah jenis aktiviti riadah dan outdoor yang akan dibuat? Dikhuatiri anak saya yang menghidap penyakit asthma (dll) tidak dapat mengikuti dengan baik.

Sebagai riadah atau energy booster, setiap pagi dan petang, hanya aktiviti regangan ringan akan dijalankan sebelum peserta-peserta mengikuti kuliah dan bengkel.

Aktiviti outdoor pula melibatkan aktiviti jungle trekking dan solat dalam hutan. Tiada sebarang aktiviti outdoor yang ekstrim akan dijalankan. Walaubagaimanapun, sila maklumkan fasilitator kumpulan anak anda sekiranya anak anda mempunyai alahan-alahan tertentu supaya anak anda boleh dipantau atau dikecualikan daripada aktiviti fizikal.

Aktiviti outdoor akan dipantau rapi oleh kumpulan fasilitator, staff-staff Excel Training Resort dan juga urusetia-urusetia daripada DMFK Inspirations Sdn Bhd. 


4. Bagaimana pula jika hari hujan? Adakah aktiviti outdoor akan tetap diteruskan?

Tidak. Kem akan diteruskan dengan aktiviti di dalam dewan.


5. Bolehkah ibu-bapa yang datang dari jauh menginap di resort yang sama?

Untuk kem ini, kami menggunakan semua bilik (dorm dan chalet) yang ada untuk kegunaan peserta-peserta kem. Ibu-bapa dinasihatkan menginap di hotel-hotel berhampiran Pekan Semenyih atau Kajang. 

Hotel yang terdekat adalah Smart Hotel di Pekan Semenyih. 
Sila layari http://www.smarthotel.com.my/semenyih.htm untuk tempahan.


6. Bagaimanakah fasilitator-fasilitator program akan mengendalikan bilangan peserta yang besar setiap sesi?

Untuk tujuan crowd control, peserta-peserta akan dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Seorang fasilitator akan bertanggungjawab menjaga 10-15 pelajar untuk memastikan peserta-peserta selamat dan memahami pengisian kem.

Aktiviti outdoor juga akan bergerak dalam kumpulan dan mengikut giliran.


7. Saya mendaftar anak saya bersama abang/kakaknya. Bolehkah mereka menginap di dalam bilik yang sama?

Boleh (untuk adik-beradik sama jantina). Tetapi peserta-peserta kem akan diasingkan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah semasa aktiviti dalam kumpulan.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan membina kendiri serta membolehkan anak-anak anda bergaul dan meluaskan kenalan, kami menggalakkan anak-anak anda tinggal di bilik berasingan.


8. Anak saya masih berumur kurang dari 10 tahun tetapi saya berminat untuk beliau menyertai kem  ini.

Mengikut kajian, program atau kem yang berunsurkan motivasi dan jatidiri, pengisiannya lebih sesuai untuk pelajar-pelajar yang berumur 10-17 tahun.

Untuk pelajar-pelajar yang berumur kurang dari 10 tahun, mereka memerlukan pengisian yang lebih grafik, kreatif dan berilustrasi. Dibimbangi pengisian kem ini tidak sampai kepada mereka.

Tambahan, di usia semuda itu, seelok-eloknya IBU-BAPA yang digalakkan menyertai seminar keibu-bapaan kerana pada usia tersebut, ibu-bapalah yang paling dekat dengan anak dan memainkan peranan yang cukup besar dalam membina sahsiah dan jatidiri mereka. 


9. Apakah kod pemakaian sepanjang kem dijalankan?

Kod pemakaian adalah KASUAL, SELESA dan SOPAN.

Peserta perempuan digalakkan bertudung atau membawa tudung untuk sesi ibadah. Jangan lupa bekalkan telekung untuk tujuan solat berjemaah.