Tentang KICK


Kem Inspirasi, CHARISMA dan Kepemimpinan (KICK) merupakan satu inisiatif motivasi yang dianjurkan oleh DMFK Inspirations Sdn Bhd diterajui oleh pakar motivasi Malaysia, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

:: Objektif Program ::

Program 3 hari 2 malam ini bertujuan:

1)    memupuk kesedaran di kalangan PELAJAR serta IBU BAPA bahawa setiap individu dilahirkan HEBAT (born-winners).

2)     membimbing pelajar meneroka POTENSI DIRI yang LUAR BIASA.

3)     membentuk KEPEMIMPINAN MELALUI KARISMA dan keyakinan diri.

4)     bersama membantu pelajar MENYINGKIRKAN SIFAT / TABIAT NEGATIF dalam diri

:: Tarikh ::

Sesi 1:             4 Disember - 6 Disember 2011      (Ahad, Isnin, Selasa)
Sesi 2:             11 Disember - 13 Disember 2011  (Ahad, Isnin, Selasa)

:: Yuran ::

Hanya RM350 seorang!

Harga promosi : RM 330 seorang jika anda datang berkumpulan sebanyak 3 orang ke atas!

:: Lokasi Kem ::

Excel Training & Country Resorts
Kampung Kapal, Ulu Beranang, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus.
(berhampiran Bukit Broga dan Universiti Semenyih)

:: Kumpulan Sasaran ::

Keutamaan untuk pelajar-pelajar yang berumur dari 10 - 17 tahun.

* Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak kurang dari 10 tahun yang berminat untuk menghantar anak anda, kami juga mengalu-alukan sekiranya anak anda :

i)              mempunyai kematangan untuk bergaul dengan pelajar-pelajar 10 tahun ke atas.
ii)             berkebolehan menguruskan diri sendiri, atau
iii)           mempunyai kakak atau abang yang turut sama menyertai kem ini.



:: PEMBERITAHUAN KHAS ::

Atas sebab keselamatan/kebajikan individu dan ketiadaan pakar dari pihak kami, pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian khas/kurang upaya untuk berinteraksi dalam suasana sosial, adalah tidak digalakkan menyertai program ini.